16:26 0

Punca Johan Tolak Persembahan Amal Dan Berapa Gaji Johan Sebenarnya



Punca Johan Tolak Persembahan Amal Dan Berapa Gaji Johan Sebenarnya


PUNCA TOLAK PERSEMBAHAN AMAL


Dari portal mStar, Johan Raja Lawak akui menolak persembahan amal sekiranya pihak penganjur gagal membayar harga yang ditetapkannya.

Ini kerana ada pihak penganjur yang menawarkan harga rendah kepada Johan Raja Lawak dengan alasan majlis yang dibuat adalah majlis amal.

Ini jawapan Johan Raja Lawak:
"Ramai pihak yang panggil untuk saya buat persembahan amal dengan bayaran sagu hati dengan alasan ia adalah untuk majlis amal.

"Kalau mereka mahu buat amal, mereka perlu bayar dengan harga saya untuk persembahan itu,"

"Banyak cara untuk kita beramal selain menyertai majlis amal. Sejak saya mula bekerja lagi saya sudah amalkan perkara ini kerana bagi saya kalau kita ingin murah rezeki, kita perlu jadi pemurah dahulu.

"Saya ada menjaga anak yatim yang mana saya sediakan keperluan mereka, malah setiap waktu terluang kami sekeluarga akan pergi ke rumah kebajikan orang tua atau anak yatim untuk menziarah dan memberi sumbangan yang termampu,"

PUNCA TOLAK TAWARAN FILEM


Johan Raja Lawak juga mengaku menolak tawaran berlakon filem dan drama kerana kekangan masa dan lebih mengutamakan keluarganya.

Ini kata Johan Raja Lawak:
"Sejak menjadi penyampai radio memang saya banyak tolak tawaran berlakon filem dan drama kerana tiada masa.

"Saya ada komitmen dengan radio Era FM iaitu bermula sebelum pukul 6 pagi saya perlu ada di konti dan balik pada pukul 10 pagi, kemudian meluangkan masa bersama keluarga sehingga pukul 10 malam.

"Kalau ada penggambaran sudah tentu saya akan balik sehingga lewat malam dan masa tidur dan masa bersama keluarga saya akan terganggu,"

BERAPA GAJI JOHAN SEBULAN?


Berapa harga Johan terima dari Era FM sudah tentu lumayan kerana kalau ikutkan harga untuk hero filem, gaji yang diterima boleh mencecah puluhan hingga ratusan ribu ringgit.

Masih ingatkah anda kes filem Mamat Khalid yang mana didedahkan gaji pelakon utama untuk filem Rock 2 ialah RM90 000 (90 Ribu), Jika Johan mampu menolak tawaran filem, sudah tentu gajinya di stesyen radio Era amat Lumayan.

Ada juga pihak cuba bertanya berapa gaji Johan di Era.

Ini jawapan Johan Raja Lawak:
"Ada juga beberapa stesen yang tanya tentang harga yang Era FM beri kepada saya, namun saya kata jika mereka mahu saya, mereka perlu tanya kepada saya sendiri berapa harga yang saya inginkan.

"Kalau mereka boleh bayar harga saya itu sudah tentu saya pergi, namun saya tidak rasa saya penyampai radio paling mahal di Malaysia, ada lagi yang lebih mahal daripada saya," 

Memang murah rezeki Johan Raja Lawak sekarang. Sememangnya bakat Johan amat hebat dan wajarlah dia berjaya apatah lagi gabungan nya dengan Zizan membentuk Jozan mendapat sambutan hangat.

Baca juga:
~Gambar Ozlyn sedang sarat mengandung (LIHAT SINI)


0 comments:

Post a Comment