10:33 0

Ayda Jebat Menangis Dibuang Universiti

Ayda Jebat Menangis Dibuang Universiti


Ayda Jebat kini menempan nama setelah drama lakonannya dalam Rindu Awak 200% semakin popular dan menjadi buah mulut orang ramai.

Sebenarnya Ayda Jebat merupakan salah seorang peserta akademi fantasia dan pernah dibuang dari universiti kerana ingin bergelar artis.

Ayda juga akui menangis tidak henti-henti namun kin tidak terkilan dengan keputusan tersebut.

Ini kata Ayda Jebat:

"Ketika saya dipilih untuk menyertai Akademi Fantasia 9 pada tahun 2011 saya masih belajar di Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) dalam jurusan muzik tetapi pihak universiti tidak benarkan untuk saya mengambil cuti khas bagi menyertai mana-mana rancangan realiti”

“Setelah fikir secara masak-masak saya pilih untuk menyertai AF & dalam masa yang sama pihak universiti terpaksa memberhentikan saya dan ketika itu saya tinggal lagi dua semester sahaja untuk tamatkan diploma. Saya memang sedih sangat dan menangis tidak henti ketika itu,”

“Saya tidak menyesal dengan keputusan saya itu biarpun nasib saya sebagai penyanyi tidak begitu menyerlah, namun saya terima rezeki dalam industri seni ini sebagai seorang pelakon”

“Saya lihat kawan-kawan saya yang habis belajar masih lagi mencari-cari kerja, ada yang hubungi saya semula untuk mendapatkan peluang,“

Semoga Ayda Jebat berjaya di masa hadapan.


0 comments:

Post a Comment