Searching...
21:37 1

Rumahtangga Sabrina Ali Kini Bergolak, Retak Menanti Belah

Rumahtangga Sabrina Ali Kini Bergolak, Retak Menanti Belah

Sabrina Ali merupakan pelakon yang semakin tenggelam selepas berkahwin. Namun kini pelakon ini nekad untuk kembali aktif berlakon kerana mempunyai masalah rumahtangga.

Dikatakan perkahwinan dengan suami kini umpama bagaikan retak menanti belah.

Ini kata Sabrina Ali melalui Murai:
Tidak banyak yang boleh saya kongsi kerana ia terlalu peribadi. Banyak hati perlu dijaga, tersilap kata, pasti ada yang terguris.

“Saya pun tak tahu di mana kedudukan saya. Sukar untuk jelaskan. Cuma sekarang saya tidak harap–kan apa-apa lagi. Andai jodoh kami panjang, semua akan kembali okay dan jika tertulis sebaliknya, saya reda,”

Apabila mengenang perkahwinan yang bermasalah, kini Sabrina Ali mula ingin kembali aktif demi menyara anak-anak dan mempunyai duit sendiri.

Ini kata Sabrina Ali:
“Saya tidak boleh lagi berpeluk tubuh kerana anak perlu didahulukan. Sebelum ini saya ada muncul di TV tetapi sesekali saja. Kali terakhir menerusi drama rantaian Kifarah.

“Soal watak saya tidak kisah, selagi bersesuaian, saya terima. Saya pernah jayakan macam-macam watak, termasuk antagonis dan komedi. Malah, orang tahu saya suka watak pelik dan mengarut, itu kelebihan saya.

“Jadi, kecil atau besar watak saya tidak kisah kerana yang penting, penonton ingat,”

Itulah cerita terkini perlakon Sabrina Ali. Cerita dari sumber Murai.



1 comments: