12:29 20

Bayangkan Saya Kerani, Macam Mana Nak Tanggung Anak - Rita Rudaini

Bayangkan Saya Kerani, Macam Mana nak Tanggung Anak - Rita Rudaini


Terbaca di Murai tentang temubual terbaru Rita Rudaini tentang kes tuntutan nafkah dari bekas suami Aidil Zafuan.

Ini kata Rita Rudaini:

“Memang saya failkan tuntutan nafkah tertunggak sebanyak RM150,000 dan nafkah muta’ah sebanyak RM300,000. Kesian dekat anak-anak, saya nak jelaskan duit tuntutan ini bukan untuk saya tetapi untuk anak-anak saya yang semakin membesar,"

“Nasib baiklah saya ada kerja sikit-sikit untuk tampung kami anak beranak, saya kadang-kadang bayangkan diri saya ini adalah seorang kerani, macam mana nak tanggung anak, dia tu (Aidil) duduk rumah besar yang sangat selesa, anak-anak entah dia terfikir ke tidak,”

Rita Rudaini tak akan berputus asa untuk menuntut nafkah dari kapten bola sepak Malaysia itu yang kini didakwanya semakin tidak mempedulikan kebajikan kedua-dua anaknya itu.

Menurut Rita Rudaini, Aidil Zafuan perlu ingat yang kedua-dua anak yang dibawah jagaannya itu adalah anak kandungnya, dari darah dagungnya sendiri.

Sudah menjadi tanggungjawab seorang ayah menjaga kebajikan anak-anak walaupun sudah berkahwin dengan wanita lain.

Bekas suami Rita Rudaini, Aidil Zafuan kini sudah berkahwin dengan Zarema Zainal yang kini telah berhijab dan sedang mengandung.

20 comments:

  1. ..........haram hukumnya jika orang ketiga ini merampas hak wanita lain dan memisahkan hubungan antara suami dan isteri serta ayah dan anak-anak.

    ReplyDelete
  2. Kerani x boleh tanggung anak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bkn maksudnya kerani tak boleh tanggung anak cuma agak sukar sedikit kerana hanya sebelah pihak saja yg perlu menanggung semua kos dgn harag barang yg semakin naik.

      Delete
  3. Kufur nikmat. Ckp x pk prsn org2 yg kerja kerani.

    ReplyDelete
  4. BODO PUNYA RITA RUDANI....KENAPA KO SAMAKAN NGAN KERANI....SAYA KERANI GAK,BINI SAYA TK KRJA PUN..GAJI SAYA BERSIH 1,200.00 ALHAMDULLILLAH LIMA ANK SAYA MSUK UNIVERSITI....KO BRU DUA ORANG ANK...DAH MELALUT MCM POMPUAN GILA MOROYAN...PATUT PUN KO KNA CERAI....POMPUAN TK SEDAR DIRI...TK PANDAI BERSYUKUR.....HARAP MKA LAWA AKAI X....BERTAUBATLAH....

    ReplyDelete
    Replies
    1. rita hanya mengandaikan bukan menghina atau memperlekehkan pekerjaan kerani.kita tak tahu apa yang rita tanggung.jgn menilai dari luaran tapi perlu nilai dalaman juga.

      Delete
    2. encik yang kerani ni...jangan nak tipu la kalau setakat gaji rm1200 boleh sara hidup kalau tak berhutang sana sini.Bila semua anak masuk universiti mesti duk pinjam sana sini.Jadi Rita Rudaini dia taknak la jadi penghutang semata nk sara anak kalau bapak dia hidup mewah dengan pompuan lain tapi anak2 taknak disara.Jantan tak guna namanya tu.

      Delete
  5. Nak show off kata ko celebrity yg gaji ratusan ribu ke????x pakai otak bila nk bg alasan ni!!

    ReplyDelete
  6. hidup nk berlagak...ingat org kerani x leh hidup ke...ada anak 10 lagi...ikut kemampuan ar. ni semua nk cam org kaya memang ar x leh hidup...

    ReplyDelete
  7. KENAPA DENGAN KERANI? SAYA PUN KERANI JUGAK, ANAK 4 ORANG, ALHAMDULILLAH JE.CUKUP MAKAN PAKAI,PELAJARAN. KELAS TAMBAHAN SEMUA. MALAM PUN TIDUR LENA. MUNGKIN SEBAB GAJI KAMI GAJI YANG HALAL DAN BERKAT KUT.

    ReplyDelete
  8. Kalau betullah ini kenyataan dari mulut Rita Rudaini sendiri, saya mohon dia minta maaf secara terbuka.

    Saya seorang kerani. Mampu beli keperluan rumah, bayar yuran sekolah anak, yuran van, anak dan suami tak pernah berlapar. Dengan gaji kerani saya simpan duit, potong simpan untuk anak-anak, kirim duit pada ibu bapa di kampung. Kalau dapat rezeki lebih saya kirim lebih. Tapi saya tak pernah berhutang, dan setiap tahun adakala pergi holiday. Tapi holiday dalam negara saja. Tapi keluarga saya sangat bahagia dan kami gembira. Kalau suami takde duit saya hulurkan dengan ikhlas.

    Kerja apa pun, kalau berkat gaji tu. Insya Allah kita tak akan susah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan Aku dan kalam...puan mampu beli semua tu sebab puan ada suami.kalau puan da TAKDE SUAMI nanti puan rasa la apa rita rudaini tu rasa.Berfikiran bijak la sikit oiiii

      Delete
  9. Timbul isu when you doesn't use brain to explain. Poor Rita..shame on you bcoz you should struggle urself to survive with ur child. Doesn't care what job you do..asalkan HALAL... For sure, God will not leave people who is weak. Please dont dhow ur weakness here Rita.

    ReplyDelete
  10. Cakap x ada otak la dia ni..nmpk sgt bodoh..yg kerani sampai lbh 2 anak leh je tanggung...shame on u lah...artis yg bodoh...ckp je lah duit tu utk ko sndiri...ni main2 gna nama ank...

    ReplyDelete
  11. Aku bangga jadi seorang kerani... sebab aku mampu memenuhi keperluan anak2 ..punya suami yang baik.. dan hidup bahagia... ternyata menjadi artis tidak mampu untuk menanggung walaupun hanya 2 org anak... kesian rita... terpaksa minta sedekah dengan bekas suami... baik ko g carik kerja lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bodohnya awak ni...nak compare awak yang berlaki dengan orang yang tak berlaki.Kalau nanti LAKI AWAK TU DA TAKDE baru awak rasa camana nak sara anak setakat guna gaji kerani awak tu je.Fikir la cerdik sikit.sebab tu la jadi kerani je akai cetek

      Delete
  12. stupid..kee btang hidung tahu la..tak pnah jd jnda lg tahu r ckp

    ReplyDelete
  13. Knapa,kerani di Malaysia semuanya tak beranak pinak dan x boleh sara hidup anak2..?

    ReplyDelete
  14. saya kerani janda anak 4, suami tinggalkan saya kerana pempuan lain... alhamdulillah boleh idup... tanpa bantuan dari ex suami.... yang penting sabar, jgn meraung xsemua orang nak dengar citer susah dan sedih... susah, gembira,kecewa, bahagia baik cerita kan pada Allah... Dia akan tunjuk jln....dan idup ada keberkatan... yg penting jaga yg wajib, diri dan mulut insyaAllah berjaya dunia dan akhirat.

    ReplyDelete