Searching...
12:00 0

Ketua Kongsi Gelap Jatuh Cinta Dengan Pelakon Popular, Ugut Kekasih

Ketua Kongsi Gelap Jatuh Cinta Dengan Pelakon Popular, Ugut Kekasih


Pelakon popular Priety Zinta sememamngnya jelita dan cantik orangnya.

Pelakon ini mencetuskan kontroversi sehingga membawa kepada kes mahkamah antara Preity Zinta dan kekasihnya Ness Wadia.

Pergaduhan pasangan kekasih ini mendapat liputan meluas di media India dan peminat bollywood.

Preity Zinta telah mendakwa yang dia dicabuI, didera dan sering menerima ugutan daripada bekas kekasihnya, Ness Wadia.

Kes dan kisah Priety Zinta mendapat perhatian kumpulan kongsi gelap yang begitu prihatin dengan nasib Preity Zinta. Dikatakan ketua kongsi gelap itu meminati dan jatuh cinta dengan Priety Zinta.

Bapa Ness, Nusli Wadia telah membuat laporan polis yang mendakwa dia telah mendapat ugutan bunuh daripada pihak kongsi gelap berikutan kes melibatkan anaknya itu.

Sumber dari media India keluarga Ness dan Nusli Wadia menerima kira-kira empat lagi panggilan telefon berbaur ugutan untuk mencederakannya.

Panggilan itu didakwa dari pihak kongsi gelap meminta supaya keluarga mereka tidak memalukan pelakon, Preity Zinta.

Pihak polis terpaksa menempatkan anggota mereka untuk berkawal di rumah keluarag bekas kekasih Priety Zinta itu sebagai langkah berjaga-jaga.





0 comments:

Post a Comment