12:59 0

Elfira Loy Dikatakan Rentap Dengan Zahiril Adzim

Elfira Loy Rentap Dengan Zahiril Adzim


Elfira Loy dan Zahiril Adzim sentap ke rentap? Sebenarnya kedua-dua pelakon ini merupakan tonggak utama di dalam filem baru berjudul 'Rentap'. Filem aksi dan sedikit komedi ini bakal berada di pawagam 4 Disember 2014. .

Rentap berkisarkan dua orang adik beradik yang amat meminati dan menceburi sukan baru digelar Parkour. Sukan ini berasal daripada negara Perancis. Sukan lasak ini semakin mendapat tempat dihati para remaja di Malaysia. Aksi Parkour memerlukan koordinasi dan kemahiran yang tinggi.

Pelakon utama yang terlibat dalam filem ini adalah Zahiril Adzim, Elfiro Loy dan Shafie Naswip. Semua pelakon telah berlatih selama beberapa bulan terlebih dahulu untuk menjayakan filem ini. 

Rentap The Movie merupakan arahan Simon Long terbitan Double Visions





0 comments:

Post a Comment