17:00 0

Punca Zaquan Adha Mengamuk, Iqram Ganas Di Set Pengambaran

Iqram Dinzly Mohon Maaf Kepada Ayu Raudhah


Semalam terdapat pergaduhan antara suami Ayu Raudhah dan Iqram Dinzly.

Zaquan Adha dikatakan geram melihat adegan isterinya dipukul teruk oleh Iqram Dinzly. (Kisah Zaquan mengamuk di: baca sini)

Ayu Raudhah kemudiannya mendedahkan dia agak trauma berlakon dengan Iqram yang memukulnya dan menendangnya dengan betul-betul ketika berlakon di dalam filem LBS: Kasyah.

KOMEN DARI IQRAM DINZLY, MINTA MAAF

Ini kata Iqram Dinzly:
“Untuk Ayu, jika apa yang saya lakukan ketika penggambaran membuatkan dia rasa tak selesa atau sakit, saya mohon maaf. Apa yang kita lakukan ketika itu atas perbincangan bersama. Saya memang tak ada isu dengan Ayu seperti yang diakuinya juga”

“Apa yang saya lakukan sebagai pelakon atas permintaan pengarah. Mungkin saya naik sheikh hingga tak sedar apa yang dilakonkan. Malah ada kawan pelakon saya cakap watak saya seperti benar-benar psiko dan gila dalam filem tersebut”

“Untuk Zaquan, jika rasa lakonan itu membuatkan dia rasa tak suka atau mungkin mencabar dirinya sebagai suami yang tak berkelakuan sedemikian, saya minta dia kalau tak sanggup jangan tengok filem ini,“

KOMEN DARI AYU RAUDHAH, DEDAH DIRI TRAUMA

Sebelum ini Ayu Raudhah mendedahkan dia sememangnya trauma berlakon dengan Iqram Dinzly yang ganas memukulnya dengan betul kerana ingin nampak real dan menjiwai watak.

Ini penjelasan Ayu Raudhah:

Saya pernah maklumkan suami mengenai babak yang saya akan lakonkan dalam LBS3 tetapi ketika itu dia tak nampak keadaan sebenar babak berkenaan. Hanya selepas menontonnya sendiri, baru dia cakap seperti apa yang ditulisnya di laman Twitter.

Cuma tak sangka pula, dia akan muat naik status berkenaan. Malah ketika pratonton, dia memang tengok separuh jalan filem itu. Mungkin tak tahan tengok saya ‘dipukul’ dalam filem berkenaan ditambah dengan anak saya menangis.

Lucunya, anak sulung saya berumur setahun setengah menangis sebab tengok babak saya dipukul. Tapi itu tak bererti suami akan halang saya berlakon lagi. Mungkin kalau watak sedemikian rupa yang agak ganas, dia akan larang. Kalau babak biasa, dia ok.

Memang kebanyakan babak membabitkan saya dengannya memerlukan aksi pukul memukul di antara suami isteri. Ketika penggambaran berlangsung, memang beberapa kali babak perlu dirakamkan semula kerana saya tak tahan dipukul.

Trauma juga dengan setiap babak itu. Tapi bila tengok hasil babak yang dilakukan, ia nampak cukup mengesankan padahal ketika penggambaran azabnya hanya Tuhan saja yang tahu. Ada ketika penggambaran memang ada babak saya dicekik Iqram, hingga saya tak boleh bernyawa.

Kepala saya ditunjal pun ada. Babak saya ditendang betul seperti yang ditulis Farid pun benar-benar saya alami. Bahkan ada juga babak saya ditolak sampai jatuh ke lantai.

Cuma apabila melakukan babak yang seterusnya, dia (Iqram) akan mengulangi benda yang sama. Kalau tanya masa penggambaran dulu, jawapan saya mungkin tak perlulah sampai memukul dengan betul-betul sekalipun nak menjiwai watak.

Benda dah lepas. Tapi saya agak serik untuk berlakon watak seumpama ini lagi.

sumber: Berita Harian



0 comments:

Post a Comment