08:32 0

Takziah! Datuk Jamil Sulong Meninggal Dunia

Takziah! Datuk Jamil Sulong Meninggal Dunia


Datuk Jamil Sulong, 88 tahun meninggal dunia di rumah anaknya di Bukit Utama, Damansara kira-kira pukul 9.35 malam semalam (25 September).

Jamil Sulong dimasukkan ke sebuah hospital pada 28 Ogos lalu ekoran angin ahmar dan dibenarkan kembali ke rumah pagi tadi.

Doktor Anwardi naka kepada Jamil Sulong berkata jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Janda Baik selepas solat Jumaat esok.

Jamil Sulong mengarahkan lebih dari 20 buah filem, antaranya Batu Belah Batu Bertangkup, Raja Laksamana Bentan, Si Tanggang, Lela Manja, Bidasari dan Raja Bersiong.

Jamil Sulong turut menulis lirik beberapa lagu seperti Engkau Laksana Bulan, Merak Kayangan serta Tiru Macam Saya nyanyian P Ramlee dan Saloma.


0 comments:

Post a Comment