Gambar Pertunangan Nubhan Dan Afifah
Penynyai kelahiran dari Akademi Fantasia musim 6, Nubhan telah selamat bertunang dengan Afifah Hidayah Ahmad Tawfek pelajar jurusan dentistry (pergigian).
Majlis pertunangan yang meriah diadakan di kediaman keluarga Afifah di Seremban.
Bercerita kepada BHarian, Nubhan berkenalan dengan Afifah ketika berada di Pulau Pangkor. Ketika itu Nubhan sedang menjalani penggambaran manakala Afifah pula sedang mengahabiskan percutian di situ.
Ini komen Nubhan (BH):
"Kami rancang bernikah dalam tempoh setahun lagi. Ikutkan lagi cepat lagi elok tapi dalam masa yang sama Afifah perlu melunaskan baki pengajian setahun lagi di Mesir.
"Dia bakal doktor gigi dan sepanjang tempoh kenal kami memang melalui cinta jarak jauh,"
"Saya boleh jadi separuh gila kerana cinta jarak jauh ini. Tapi Alhamdulillah ia semakin dipermudahkan. Selalunya menerusi panggilan video kami melepas rindu.
"Pada mulanya juga dia tak faham kerjaya seni saya. Ambil gambar dengan artis wanita pun dia pernah cemburu. Selalunya boleh jadi gaduh sebab perkara remeh.
"Tapi sekarang dia mula memahami. Selain itu dia cantik dan manja pada mata saya,"
Semoga Nubhan dan Afifah bahagia selalu.
0 comments:
Post a Comment