Luahan Hati Rozita Che Wan Tentang Isu Ammar Pergi Kelab Malam
Sehinggakan banyak pihak membezakan anaknya dengan seorang lagi remaja bernama Ammar yang meninggal dunia di Turki.
Rozita Che Wan juga membidas Rotikaya kerana bertanya kepada Zain Saidin tentang hal anak-anaknya.
Ini luahan hati Rozita Che Wan:
"Saya marah apabila orang menuduh dan salahkan saya tidak pandai jaga anak, padahal mereka tidak tahu susah senang saya sebagai ibu tunggal membesarkan anak-anak sendiri.
"Saya sudah beri didikan yang sebaik mungkin hingga dia berjaya mendapat keputusan baik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan menjadi pelajar terbaik di sekolah,"
"Mereka sepatutnya tanya saya kerana saya ibu dia jadi saya lebih tahu kemana anak-anak saya pergi. Namun itu tidak bermakna dia tidak mengambil tahu dan peduli tentang mereka," ujarnya.
"Anak saya Ammar Effendy tidak pernah ke kelab malam, tentang keizinan itu memang dia sentiasa meminta izin untuk keluar termasuk pada waktu malam, itu pun kalau dia ingin lepak dan jumpa kawan-kawannya sahaja.
"Cuma selepas dia minta izin saya sudah tidak boleh pantau lagi dia pergi mana, namun saya harap kebebasan yang saya beri tidak disalahgunakan," -mStar-
Baca juga:
~ Zain Saidin benarkan Ammar ke kelab malam (BACA SINI)
~ Gambar Kereta baru Ammar (LIHAT SINI)
0 comments:
Post a Comment