13:09 1

Astro Tak Layan Tuntutan Waris AR Tompel


Astro Tak Layan Tuntutan Waris AR Tompel


Astro tidak akan memenuhi tiga tuntutan yang diminta waris keluarga Allahyarham AR Tompel berhubung siaran telefilem biopik Saloma, termasuk menghentikan serta-merta tayangannya di stesen itu.

3 tuntutan waris AR Tompel sebelum ini ialah hentikana siaran Saloma, permohonan maaf dan juga perjumpaan dengan waris. (BACA SINI: Pendedahan Waris AR Tompel)

Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro iaitu Khairul Anwar Salleh berkata filem biopik Saloma arahan Melissa Saila hasil rujukan dari Mariani itu akan terus ditayangkan seperti biasa menerusi Astro First.

Ini kata Khairul Anwar (wakil Astro):

"Kami sudah membalas balik surat tuntutan daripada mereka bertarikh 8 Oktober lalu. Kami sudah jelaskan bahawa tidak berlaku perlanggaran hak intelek seperti yang diperkatakan mereka.

"Selepas merujuk wakil guaman dalaman dan luaran kami, memang jelas pihak kami tidak seperti yang disebut mereka sebelum ini. Jika mereka mengambil keputusan nak menyaman juga, itu terpulang kepada mereka," 

"Beliau (Mariani) adalah kakak kepada arwah Saloma. Beliau rujukan yang hidup pada zaman itu dan dekat dengan arwah.

"Dan daripada sudut penceritaan pula ia sebuah karya mempunyai lesen kreatif. Biopik itu sendirinya berdiri pada sebuah kisah benar manusia yang menjadi perhatian.

"Hal-hal berkaitan dakwaan mereka terhadap Allahyarham AR Tompel itu kita serahkan kepada pihak guaman," 

Notis 3 tuntutan waris AR Tompel menerusi 2 orang bekas isteri AR Tompel dan anak-anak termasuk AR Badul dan juga Adlin Aman Ramlie. Notis itu ditujukan kepada pihak Astro dan tidak kepada Melissa Saila.


1 comments:

  1. ntah pape adlin ni time dia kutuk bpk dia kt maharaja lawak slamber jek xsedih plak nk publisiti je

    ReplyDelete