10:59 0

Isteri Mark Adam Ditendang Dan Diterajang Perompak


Isteri Mark Adam Ditendang Dan Diterajang Perompak

Isteri kepada penyanyi Mark Adam telah dirompak oleh 3 orang lelaki di Selangor.

Isteri Mark Adam bernama Nor Azah sedang memandu dan tiba-tiba telah dilanggar dan kemudiannya ditendang sebelum kereta Honda milliknya dilarikan 3 perompak.

Mark Adam dan isteri telah membuat laporan polis dan dikatakan seorang suspek telah berjaya ditahan dan di dalam siasatan.

Ini kenyataan Mark Adam: (mStar)

"Kejadian berlaku ketika isteri saya ingin pulang ke rumah kami di Batu Caves di mana sebuah kereta jenis Hilux telah melanggar kereta yang dipandu isteri iaitu Honda CRV dari arah belakang.

"Apabila isteri saya keluar kereta, terdapat tiga lelaki turut keluar dari Hilux tersebut dan salah seorang daripada mereka menendang isteri saya pada bahagian perut manakala seorang lagi terus membawa lari kereta kami.

"Rasa ralat dibuatnya kerana ketika itu saya tiada di sisi isteri. Sekarang ini macam-macam cara orang nak rompak kereta dan salah satunya mereka melanggar kereta di depan sebelum merompak.

"Kalau nak cakap tentang kereta hilang, ia ada insuran, tetapi bagaimana jika nyawa yang melayang?

"Saya harap kejadian ini dapat menjadi pengajaran buat semua. Buat masa ini saya tidak membenarkan isteri memandu. Lagipun dia masih trauma,"

Teknik penjenayah sekarang ini memang macam-macam. Ada saja cara nak merompak.


0 comments:

Post a Comment