Sam Bunkface Sedia Kahwini Aida Azira
Penyanyi kumpulan Bunkface, Sam dikatakan sudah terbuka tentang hubungan dengan kekasihnya Aida Azira. Sam juga sudah bersedia jika ditakdirkan berkahwin dengan Aida Azira.
Ini komen Sam Bunkface (mStar):
"Saya hanya merancang tapi Allah yang akan menentukannya. Apa yang saya boleh cakap kalau ada rezeki… adalah.
"Saya tidak mahu cakap apa-apa buat masa sekarang kerana takut kalau tidak jadi nanti orang akan bertanya. Seelok-eloknya biarlah kalau ianya benar-benar pasti baru saya akan beritahu kepada semua,"
Semoga hubungan Sam dan Aida Azira dapat bersatu dengan akad nikah. Sementara itu, kumpulan Bunkface kini tampil dengan album terbaru bertajuk "Malam Ini Kita Punya".
0 comments:
Post a Comment