22:24 1

Gambar Kereta Mewah Baru Zul Ariffin Bernilai RM300,000

Gambar Kereta Mewah Baru Zul Ariffin Bernilai RM300,000


Pelakon Zul Ariffin yang popular menerusi drama Rindu Awak 200% akhirnya akui membeli kereta baru iaitu Audi A5. Sebelum ini ada ura-ura mengatakan kekasih Zul Ariffin iaitu Gaya Pilai ada menghadiahkan kereta Maserati kepadanya namun ternyata itu tidak benar.

Kereta Audi A5 merupakan kereta mewah yang jika dibeli baru harganya lebih kurang RM300,000 sehingga RM400,000. Jika secondhand pula kereta Audi A5 ini masih boleh dijual beli dengan harga atas RM200,000.

Ini kata Zul Ariffin:

“Saya tak minat pun Maserati. Kalau Gaya nak beli baik dia beli untuk diri dia sebab dia yang minat kereta tu. Sebenarnya Gaya yang dulu muat naik gambar kereta tu di Instagram dia. Kebetulan minggu lalu saya beli kereta baru. Kakak saya muat-naik gambar kereta saya tu di Instagramnya”

“Mungkin sebab gambar yang kakak saya muatnaik tu nampak sama macam gambar yang Gaya letak di Instgram dia. Walhal saya beli Audi A5 bukan kereta yang dihebahkan-hebahkan tu dan saya beli dengan duit saya sendiri. Sebelum ini saya mempunyai sebuah myVi, sebuah trak dan superbike. Saya jual trak dan suprbike untuk beli kereta baru itu,”

Memang bertuah Zul Ariffin dapat memiliki kereta Audi A5 ini. Performance kereta ini memang mantap. Tahniah Zul.




1 comments:

  1. Bagus Zul. Selamat maju jaya sampai boleh beli private jet nanti. Ameen.

    ReplyDelete