21:57 0

Pelajar Politeknik Dakwa Diculik, Nyaris Dijual Di Thailand



Pelajar Politeknik Dakwa Diculik, Nyaris Dijual Di Thailand


Pelajar perempuan di politeknik Pasir Gudang, Johor melalui detik mengerikan apabila nyaris menjadi mangsa sindiket culik dan jual di Thailand.

Gadis itu tinggal di rumah sewa di Pasir Gudang. Dia diculik ketika sedang membuka pintu pagar rumahnya ketika ingin keluar makan malam. Kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 malam semalam.

Mangsa pengsan dan apabila tersedar mendapati dirinya sudah berada dalam lori berwarna putih yang tertutup. Yang mengejutkan, dia bersama tujuh kanak-kanak dipercayai Cina, India dan Melayu termasuk yang paling muda berusia lima tahun.

Gadis itu dikatakan berjaya melarikan diri selepas bertindak terjun dari lori terbabit yang berhenti untuk mengisi minyak di sebuah stesen di Jalan Batu 48 yang terletak berhampiran Hospital Dungun.

Kejadian itu berlaku  pada pukul 7.05 pagi tadi. Dia berjaya mendapat bantuan seorang penjual surat khabar yang berada berdekatan dari stesen minyak berkenaan dan juga bantuan orang ramai.

Dari laporan polis, pelajar politeknik itu mendakwa tiga lelaki Melayu sebagai suspek dan rancangan mereka ialah semua mangsa akan dibawa ke Kelantan sebelum dibawa masuk ke Thailand untuk dijual.

Perancangan suspek itu lagi, apabila tiba di Kelantan dan memasuki Thailand, penculik akan membuat pertukaran kenderaan yang akan dilakukan di Kuala Terengganu.

Ketua Polis Daerah Dungun mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung dengan kejadian itu.


0 comments:

Post a Comment