22:15 2

Punca Sebenar Adlin, AR Badul Dan Ruminah Sidek Mengamuk Dengan Filem Saloma


Punca Sebenar Adlin, AR Badul Dan Ruminah Sidek Mengamuk Dengan Filem Saloma


Dalam satu sidang media, keluarga dan waris AR Tompel memberi penjelasan dan punca sebenar kenapa mereka tidak puas hati dengan filem biopik Saloma.

Waris keluarga kecewa dan bengang kerana watak AR Tompel dikatakan punca Saloma menderita di dalam kehidupannya.

Ini kata Adlin Aman Ramlie (mStar):

"Ini membuatkan seolah-olah Tompel itu menjadi punca Saloma menderita. Lebih-lebih lagi menerusi satu babak yang menunjukkan Saloma terpaksa keluar rumah dengan keadaan sarat mengandung kerana Tompel tidak membayar sewa rumah, menunjukkan Allahyarham langsung tidak bertanggungjawab," katanya yang turut tersinggung dengan gambaran AR Tompel menghembuskan asap rokok ke muka Saloma.

Ini pula kata AR Badul (mStar):

"Sekarang ini kami mahu telefilem itu segera dihentikan dan tidak diulang tayang lagi. Bayangkan jika ia terus ditayangkan pada masa akan datang, apa pandangan generasi masa itu terhadap keluarga kami?

"Bagaimanapun kami tidak mahu membawa perkara ini sehingga timbulnya saman menyaman. Tetapi kami sekeluarga sanggup berjuang sekiranya perlu menggunakan mahkamah untuk selesaikan perkara ini"

Berikut merupakan notis tuntutan keluarga AR Tompel:

1) Meminta pihak penyiar iaitu ASTRO menghentikan serta merta siaran telefilem itu
2) Membuat permohonan maaf secara terbuka kepada keluarga AR Tompel
3) Membuat pertemuan bagi proses rundingan.

2 comments:

  1. Saya setuju...jika ia melibatkan maruah kluarga kerna telifilem ini mengenai penhidupan saloma yg patutnya cerita benar.....minta jasa baik astro buat seadil adilnya akan perkara ini.

    ReplyDelete
  2. i believe it's true story. Adlin and his mom may have different views nased on the Tompel that they know, but the movie was based on the Tompel that Saloma knoew, years before Tompel met Adlin's mother.

    ReplyDelete