Searching...
09:16 0

54 Gambar Majlis Persandingan Diraja TMJ Dan Che Puan Khaleeda Yang Meriah Dan Mewah


54 Gambar Majlis Persandingan Diraja TMJ Dan Che Puan Khaleeda Yang Meriah Dan Mewah


Majlis Istiadat Persandingan Pengantin Diraja, DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan Che Puan Khaleeda Binti Bustamam pada 8 November 2014.

Majlis persandingan Tunku Mahkota Johor (TMJ) dan Che Puan Khaleeda berlangsung di Istana Besar Johor Bahru.

Ramai jemputan Diraja dan tetamu VVIP termasuk dari pentadbir negara, ahli politik, sanak saudara.

Antaranya ialah Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah; Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman; Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong; Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, barisan EXCO dan Ahli Dewan Undangan Negeri Johor (ADUN).

Turut berangkat ke istiadat persandingan itu adalah Tunku Temenggong Johor Tunku Idris, Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil; Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman, Tunku Putra Johor, Tunku Abu Bakar dan Tunku Aminah.

Selain itu kelihatan juga pemain-pemain bola sepak JDT termasuk kapten Aidil Zafuan dan isteri.

Suasana meriah dan gilang gemilang. Majlis berjalan lancar dan tersusun mengikut jadual. Sementara itu terdapat skrin besar yang menyiarkan secara live di Dataran Bandaraya Johor Bahru.

Mari lihat kemeriahan majlis persandingan TMJ dan Che Puan Khaleeda ini:































































0 comments:

Post a Comment