Kenyataan Wardina Di Hentam Yusof Haslam
Menerusi kenyataan yang di keluarkan oleh Wardina Safiyyah tentang isu buli yang kerap berlaku kebelakangan ini dengan menyalahkan filem-filem gengster tempatan. Turut terkesan dengan kenyataan Wardina, Yusof Haslam mengangap bahawa tindakan pelakon itu tidak matang.
Yusof turut berkata, tindakan Wardina Safiyyah yang mempunyai pelajaran tinggi tidak sepatutnya menunding jari pada mana-mana pihak tanpa mengkaji punca gejala sosial dan buli itu terjadi di kalangan remaja masakini.
Kata Yusof Haslam lagi kepada mstar:-
"Kita juga sedia maklum, masalah gejala sosial ini sudah lama berlaku dan secara logiknya, adakah patut filem tempatan kita dipersalahkan?
"Bukankah banyak lagi akses lain yang lebih mudah terutamanya menerusi Internet untuk golongan remaja zaman kini untuk menonton video-video yang tidak sepatutnya?,"
Pada Khamis lalu menerusi media sosial facebook Wardina Safiyyah dia meminta agar penerbit filem berunsur gengster bertanggungjawap diatas kes buli yang melibatkan pelajar sekolah yang semakin menjadi-jadi sejak akhir ini.
IKLAN: Cara Turunkan Berat Badan Dalam Masa 7 Hari (CARA DI SINI)
Wardina Safiyyah turut berkata lambakan filem gengster yang ditayangkan memberi inspirasi kepada remaja untuk meniru aksi ganas terbabit.
0 comments:
Post a Comment