Bapa Buka Mulut Apabila Mia Sara Dikatakan Hipokrit Dan Poyo
Bapa kepada pelakon kanak-kanak yang popular iaitu Mia Sara akhirnya tampil memberi kenyataan ekoran dakwaan yang mengatakan anaknya hipokrit kepada Putri Balqis (BACA SINI).Ayah Mia Sara, Ridhuan agak terkejut dengan tersebarnya berita tersebut. Ini komen dari Ridhuan:
"Sebenarnya saya tidak mempunyai masalah atau terkilan dengan gosip yang timbul kerana ia semestinya tidak benar. Rasa kelakar pula, dengan budak kecil yang masih tidak faham apa-apa pun orang nak jadikan bahan gosip.
"Tidak mengapa, orang bercakap, kita yang dapat pahala. Saya akan tuntut di akhirat nanti,"
"Apabila saya sediakan segala kelengkapan untuk Mia, itu pun dah ada orang bercakap kononnya nampak 'poyo'. Walhal saya mahu memudahkan lagi perjalanan produksi dan tidak mahu kerana anak saya, orang lain pula bermasalah.
"Pada masa sama saya turut memberitahu Mia untuk tidak banyak bercakap di set dan hanya fokus pada kerja. Dan yang paling penting jangan menyampuk apabila orang sedang bercakap.
"Sebagai seorang bapa yang tidak selalu menemani Mia di set, sudah pasti saya akan berasa risau, kerana anak kecil itu sedang belajar setiap perkara yang ada di persekitarannya," sumber: mStar
Ala Mia Sara kan budak kecil lagi. Dah bekerja dan cari duit pula tu. Perangai kebudak-budakan pasti ada lagi. Hipokrit pun dia tak faham agaknya.
0 comments:
Post a Comment