11:17 0

Zizan Mohon Maaf Kerana Persembahan Virus Di MLM 2014

Zizan Mohon Maaf Kerana Persembahan Virus Di MLM 2014


Zizan menyatakan permohonan maaf selaku wakil dari kumpulan Virus kerana persembahan mereka yang hambar dan kurang menjadi malam tadi di pentas Maharaja Lawak Mega 2014.

Persembahan Virus juga gagal memikat juri apabila kumpulan ini hanya diberikan 2 bintang sahaja.

Ini tulis Zizan di laman Instagram:

Maafkan kami tuk show malam ini..kami akui mmg susah tema minggu ini.. Doa anda kami perlukan usaha kami di pertingkatkan

Semalam, temanya ialah "Retro" dan dikatakan Bocey merupakan pesert paling menyerlah. Kumpulan yang tersingkir pula ialah Samurai yang terdiri dari Man, Arin dan Acong.



0 comments:

Post a Comment