18:22 0

Penjelasan Zahiril Adzim Terpaksa Solat Di Ruang Parkir

Penjelasan Zahiril Adzim Terpaksa Solat Di Ruang Parkir


Gambar misteri seorang pelakon sedang berolat di ruang parkir telah tersebar dan menjadi buah mulut orang ramai.

Ramai tertanya-tanya siapa pelakon ini, kenapa pelakon ini sembahyang di tempat letak kereta? Rupa-rupanya pelakon itu ialah Zahiril Adzim suami Shera Ayob.

Ini penjelasan Zahiril Adzim tentang hal tersebut:

"Selepas sampai sahaja di PWTC saya cari tempat tersorok untuk bersembahyang kerana kalau saya bergegas ke surau sudah tentu penuh, lagi pun saya takut air sembahyang terbatal jika ada yang ingin bergambar ketika dalam perjalanan ke surau,"

"Saya rasa ia tidak elok untuk disebarkan kerana akan menimbulkan fitnah seperti ini, saya pun tidak perasan siapa yang mengambil gambar tersebut. Kalau benar saya mahu menunjuk-nunjuk baik saya sembahyang di red carpet  sahaja.

"Saya sudah cari tempat paling sunyi yang tidak ada orang ramai, namun saya tahu ada pengawal keselamatan berhampiran kerana takut kalau ada apa-apa berlaku ketika sedang solat," 

Apapun memang tabik spring kepada Zahiril Adzim kerana menunaikan kewajipan solat 5 waktu. Tak kisah la dilakukan dimana-mana asal solat terjaga.


0 comments:

Post a Comment