11:26 0

Tindakan Dipersoal, Izreen Azminda Rimas Dengan Isu Amar Baharin

Tindakan Dipersoal, Izreen Azminda Rimas Dengan Isu Amar Baharin


Ramai yang mempersoalkan tindakan Izreen Azminda telah mendelete gambar dirinya dan Amar Baharin di laman sosial instagram.

Kenapa sampai habis semua didelete? Dah tak kawan ke? Hubungan tak jadi ke? Jika sebelum ini banyak gambar Amar, kini semuanya sudah tiada lagi.

Menerusi Malaysiandigest, Izreen Azminda tampil memberi respons:

Janganlah kaitkan lagi saya dengan dia. Saya sampai rasa rimas. Lagipun saya ada kehidupan sendiri dan dia juga begitu. Bagilah kami ruang. Saya tidak mahu lagi dibayangi nama dia. Kami hanya kawan biasa saja. 

Bila saya letak gambar saya dan dia, mulalah macam-macam orang komen. Jadi, saya rimas orang asyik bercakap tentang kami. Tidak mahu pening kepala, sebab tu saya padam semua gambar itu. Saya harap selepas ni janganlah kaitkan lagi saya dengan dia

Itulah jawapan panjang lebar dari Izreen Azminda. Gambar mesra Izreen dan Amar Baharin boleh dilihat DI SINI.

0 comments:

Post a Comment