Respon Siti Nurhaliza Apabila Siti Saerah Sah Dicerai Talak 3
Sebelum ini hebat ura-ura mengatakan Siti Saerah dicerai suaminya setelah hampir 4 tahun kahwin dan mempunyai anak.
Akhbar Harian Metro semalam telah mengesahkan berita penceraian adik kepada Siti Nurhaliza iaitu Siti Saerah dengan talak3.
Ini komen Siti Saerah:
Saya minta maaf bukan saya tidak mahu (komen) tapi saya perlu menjaga hati banyak pihak. Saya minta maaf sangat-sangat
Apa pula reaksi kakaknya iaitu penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza. Dilihat kakaknya ini memberi kata-kata semangat kepada adiknya itu dalam menghadapi dugaan hebat ini:
Bismillah..Allah SWT Maha Adil dan Maha Bijaksana..apa yg telah di aturkan pasti terbaik buat HambaNYA..jika tidak elok pasti mengikut kemampuan HambaNYA dan pasti ada peringatan buat yg melaluinya..semoga Kita semua saling memperbaiki setiap kekurangan dan amalan ..buat @sairahtarudin adikku..bertabahlah& terusla berjalan..berpandu pada Allah ,inshaAllah semuanya Tenang..
Semoga kedua-dua pihak Siti Saerah dan suami tabah hadapi dugaan hidup ini dan dapat meneruskan kehidupan dengan baik.
0 comments:
Post a Comment