15:56 0

VIP, Datuk Seri Berebut Goda Yana Samsudin & Miera Liyana Dengan Kekayaan

VIP, Datuk Seri Cuba Goda Yana Samsudin Dan Miera Liyana Dengan Kekayaan


Nampaknya, laporan akhbar The Star telah berjaya mendapatkan pengakuan 2 pelakon cantik yang cuba digoda oleh golongan VVIP termasuk ada yang berstatus Datuk, Datuk Seri.

Kes seperti ini memang ada terjadi dan ada VVIP yang mahu bersama golongan artis dengan cuba menggoda mereka dengan kemewahan harta benda duniawi.

Yana Samsudin pernah di tawarkan sebanyak RM 30 ribu dari seorang Datuk Seri untuk sesi minum-minum (drinking session). Ye RM 30 000 hanya untuk berjumpa dan teman minum.

Ini kata Yana Samsudin: "Saya menolak kerana bimbang ada motif lain. Bagaimana jika pil tidur dimasukkan ke minuman saya"

Yana Samsudin juga akui Datuk Seri itu menggunakan orang tengah untuk menyampaikan hajatnya itu dan mahu pertemuan mereka berdua dirahsiakan.

Selain itu, ada juga yang menawarkan kereta Range Rover yang berharga setengah juta kepada Yana Samsudin. Dan ada juga beri barang mewah dan ingin berkahwin dengannya.

Pelakon lagi satu ialah Miera Liyana yang terkenal dengan beberapa kontroversi sebelum ini. Miera akui ada menolak beberapa offer dari orang kenamaan seperti beg tangan berjenama, barang hiasan dan jam tangan mewah.

Ini kata Miera Liyana: " Kalau ikhlas, bukan ini caranya. Mana ada orang belanja barang mewah ribuan ringgit tanpa mengharapkan balasan"

sumber: The Star


0 comments:

Post a Comment