09:29 2

Zizan Razak Kecewa Perangai Marina Juki


Zizan Razak Kecewa Perangai Marina Juki


Zizan Razak ternyata terkejut apabia berita dirinya disaman bekas rakan yang juga pengurusnya iaitu Marina Juki tersebar di laman sosial dan akhbar.

~LAPORAN PENUH KES SAMAN ZIZAN (BACA SINI)

Zizan juga mendedahkan kekecewaannya dengan Marina Juki kerana menyebarkan berita itu kepada media selain mengganggu tumpuannya untuk bekerja.

Zizan Razak juga yakin dia di piha yang benar dan tidak melakukan kesalahan.

Ini komen Zizan Razak: mStar

"Ikhlas saya nyatakan di sini bahawa saya mula mengetahui tentang tindakan saman ini ketika ia disiarkan melalui media.

"Saya berasa sedih dan kecewa apabila dia (Marina) berulang kali memilih untuk bercakap dengan pihak akhbar terlebih dahulu tanpa menghubungi saya atau peguam saya.


"Ini membuatkan saya benar-benar tertekan kerana ia dilakukan pada saat-saat saya sedang sibuk dengan pelbagai tugas kerja yang memerlukan saya memberi sepenuh perhatian,"


"Saya masih yakin bahawa saya tidak melakukan sesuatu yang bertentangan demi kebaikan semua pihak. 


 "Memandangkan hal ini berkaitan dengan undang-undang, saya tidak berani memberikan komen lebih lanjut dan hanya menyerahkan perkara ini kepada peguam saya untuk melakukan yang terbaik,"

Zizan Razak kini sedang memberi fokus penuh kepada pentas Maharaja Lawak Mega yang mana dia bergabung dengan kumpulan Jambu membentuk Virus.


2 comments:

  1. artis ni bila tak ngam, mula lah saman itu ini

    ReplyDelete
  2. adoyai kesian moga kes ini settle cepat n selesai luar mahkamah nampak gaya zizan memang salah breach of contract. tq admin Yuya

    ReplyDelete