12:34 0

12 Gambar Majlis Pertunangan Zul Huzaimy Dan Erna, Sepupu Liyana Jasmay


12 Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Zulhuzaimy Dan Erna, Sepupu Liyana Jasmay


Pelakon yang popular dengan lakonan mantap Zul Huzaimy selamat bertunang dengan seorang wanita pilihan hati yang dikenali sebagai Erna pada Isnin. Memang cantik Erna ni.

Zul Huzaimy telah memuatnaik beberapa gambar melalui laman Instagram miliknya dan memberi ucapan khas sempena majlis pertunangan yang berjalan lancar itu.

Ini ucapan khas Zulhuzaimy:

“Alhamdulillah selesai sempurna semuanya. Terima kasih mak merestui diriku. Joy sayang mak. Terima kasih puteraku Awal Haziq yang sangat gembira bila diriku sudah berpunya..." 

Zul Huzaimy Marzuki sebelum ini pernah berkahwin dan dikurniakan seorang anak namun jodoh tidak berpanjangan. Pertunangan dengan Erna telah diberi restu ibu, keluarga dan satu-satu nya anak Zulhuzaimy bernama Awal Haziq juga memberi restu.

Erna merupakan sepupu kepada Liyana Jasmay, dan pelakon comel ini juga turut hadir di majlis pertunangan Zulhuzaimy dan Erna.

Ini ucapan penuh Zulhuzaimy di instagram:

Alhamdulillah selesai sempurna semuanya. #majlis #tunang aku #zulhuzaimy dan dirinya yang tersayang @miszerna Terima kasih mak merestui diriku. Joy sayang mak. Terima kasih puteraku Awal Haziq yang sangat gembira bila diriku sudah berpunya. 

Terima kasih pakjak, terima kasih uncle din, abg hatta, kak lin, terima kasih along, adik2ku ina, ayien, Iwan, Julia, seha, fidah, Aus, Noni, Pipi @dyayabesh, fatimah @iemamarzuki faqiha @velvettinta Terima kasih buat sahabatku rizal @kuzuri82 @hafizmahmud76 dan isteri, Saiful dan isteri.

Terima kasih kaum keluarga Terima kasih sayangku @miszerna menerima diriku. Jagalah dirimu di sana buat diriku di sini. Kasih dan sayangku moga ke akhirnya. 

Terima kasih tak terhingga pada sekalian yang membantu buat mama Puan rokiah, uncle HMNor, Ila, cikgu lizawati (along) dan cikgu zainudin, busu sekeluarga, dato’ jasmay dan isteri serta keluarga @adrianajasmay @liyanajasmay buat allahyarham ayahanda Marzuki Yusie, moga ayah tenang dan bahagia di sisi Allah.

Jom layan gambar pertunangan Zulhuzaimy dan Erna:














0 comments:

Post a Comment