10:53 0

5 Gambar: 2 Pelakon Wanita Bergaduh Di Set Penggambaran


5 Gambar: 2 Pelakon Wanita Bergaduh Di Set Penggambaran


Semalam beberapa keping gambar pelakon Tunku Hanis dan Lizza Abdullah kelihatan sedang bergaduh di set penggambaran.

Tunku Hanis dan Lizza Abdullah bergaduh sehingga perlu dileraikan orang ramai.

Untuk mendapatkan kesahihan tentang pergaduhan itu, portal murai.com.my mendapatkan Tunku Hanis untuk menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku.

Ini komen Tunku Hanis:

“Saya terkejut bagaimana foto itu telah tersebar, sedangkan ianya merupakan babak yang kami lakonkan dalam sebuah drama.

“Bukan sahaja terkejut malah saya rasa kelakar pula sebab saya dan Kak Liza memang sangat baik dan memang ketika itu saya suruh Kak Liza berlakon seperti kami bergaduh betul.

“Tapi tak mungkin saya nak bergaduh betul dengan Kak Liza, saya hormat dirinya sebagai seorang pelakon hebat dan senior.Malah kami memang tidak pernah ada masalah,”

“Sebenarnya saya malas nak layan perkara ini kerana memang ianya tidak benar. Saya harap peminat tidak tertipu dan saya tahu mereka lebih mengetahui,”

Jadi ini hanya untuk sebuah drama sahaja. Tunku Hanis juga ada memuat status di laman sosial menjelaskan dia dan Lizza Abdulah tidak bergaduh. Tunku Hanis dan Lizza Abdullah baik-baik sahaja.




0 comments:

Post a Comment