09:56 0

Mangsa Pukul Aliff Aziz Tampil Dedah Penyanyi Itu Mabuk Dan Mahu Saman


Mangsa Pukul Aliff Aziz Tampil Dedah Penyanyi Itu Mabuk Dan Mahu Saman 


Ketika AIM ke 21, Aliff Aziz sekali lagi cetus kontroversi apabila mengamuk di hotel. Seorang lelaki telah tampil mendakwa dia adalah mangsa pukul Aliff Aziz.

Seorang Pengurus Jabatan Kontrak dikenali sebagai Ismail Mahtar yang berumur 53 tahun mendakwa dirinya adalah mangsa kepada kes amuk Aliff Aziz.

Menurut Ismail, pada jam kira-kira 6 suku pagi, dia secara tiba-tiba diserang Aliff. Katanya Ismail keluar ke lobi untuk merokok sebelum didatangi Alif. Aliff Aziz ketika itu hanya bereluar pendek tidak berbaju dan Ismail mendakwa badannya berbau minuman keras.

Ini komen dari Ismail, mangsa serangan Aliff Aziz:

"Saya dari Labuan dan datang ke Kuala Lumpur atas urusan kerja. Saya menginap di tingkat 19 hotel tersebut dan pada pagi itu saya ke lobi kerana mahu merokok.

"Apabila keluar ke lobi, saya nampak ada tiga orang di situ dan salah seorangnya dalam keadaan tidak berbaju dan hanya berseluar pendek. Semasa hendak menyalakan rokok, tiba-tiba pemuda yang tidak berbaju itu menjerit dan terus meluru ke arah saya.

"Saya sempat mengelak dan lari dari situ tetapi dia mengejar saya dan pada masa itu saya terjatuh tetapi saya cuba bangun. Kemudian saya terjatuh lagi.

"Apabila saya sudah jatuh dia mendekati saya dan di tepinya ada sebuah kipas meja. Dia terus mencapai kipas itu dan mahu memukul saya tetapi tindakannya itu sempat dihalang seorang pengawal dan seorang rakannya.

"Tapi ketika dia mendekati saya itu, saya memang ada terbau minuman keras dari badannya dan bau itu sangat kuat," 

"Sehingga hari ini tangan kanan saya lebam dan kebas. Doktor memberitahu saya perlu menjalani pembedahan dengan segera manakala kos pembedahan dianggarkan RM10,000," 

Ismail telah membuat laporan polis di Balai Polis Sentul sebelum kes berkenaan dirujuk ke Balai Polis Chow Kit.

Kesan kcederaan pada bahu sebelah kanan Ismail yang memerlukan dia menjalani pembedahan dengan segera.

Ismail mahu penyanyi itu berjumpa dan membuat permohonan maaf padanya dalam tempoh dua minggu sebelum mengambil tindakan undang-undang dan menyaman Aliff Aziz.

Aliff Aziz menafikan mengambil minuman keras tetapi memberi alasan disampuk dan lemah semangat.

Sumber www.malaysiandigest.com

Lebam kesan pergaduhan di badan Ismail
Kiri: gambar Aliff Aziz tak berbaju sedang mengamuk

0 comments:

Post a Comment