16:38 0

5 Gambar Kemalangan Ngeri Melibatkan Seorang Pelakon Popular


5 Gambar Kemalangan Ngeri Melibatkan Seorang Pelakon Popular


Semalam telah berlaku tersebar berita tentang kemalangan ngeri melibatkan pelakon lelaki drama yang sedang meningkat naik iaitu Syarul Ridzwan.

Kemalangan ngeri berlaku dengan kereta Honda City berwarna putih milik Syarul Ridzwan terbabas, berpusing dan terbalik.

Kemalangan berlaku di Seremban ketika pelakon ini dalam perjalanan dari Linggi ke Kuala Lumpur selesai selesai menjalani penggambaran.

Puncanya dikatakan kerana jalan raya yang licin menyebabkan kereta Syaru Ridzwan gagal dikawal lalu merempuh divider (pembahagi jalan).

Takziah diucapkan kepada Syarul Ridzwan kerana kereta yang baru dibeli belum sampai setahun terlabiat dalam kemalangan yang agak teruk ini.

Namun bersyukur kerana Syarul Ridzwan tidak mengalami sebarang kecederaan. Alhamdulillah.

Ini Kenyataan penuh Syarul:

Assalamualaikum. Saya mohon maaf sebab semalam saya tak jawab call atau msg semua, sy semalam sibuk menguruskan hal kereta dan polis report. Sy kelam kabut. Biasalah, accident kan.

Jadi situasinya adalah begini. Saya baru sahaja selesai shooting Street Vendetta di Kuala Linggi, kemudian sy mahu pulang ke Bangi, sy tengok waze, highway plus jammed, then sy decided utk masuk guna jalan dalam. 

Dekat area negeri sembilan hujan lebat, selepas tol seremban, sy menuju jalan bukit nenas tiba fi satu selekoh, kelajuan saya hanya 40-50km/h sahaja. Jalan licin, kemudiannya keret skidding, sy tidak menekan break apa2 sebab kalau sy tekan break akan berpusing, tapi betul2 lepas selekoh tu ada pembahagi jalan,kiri dan kanan, memang tak boleh buat apa, sy terus terlanggar pembahagi jalan tu dan terus berpusing dua kali. Sy sedar waktu kereta tu berpusing, dan bila dah upside down, asap dah banyak dalam kereta, sy mengucap, bukak seatbelt, pintu kunci, sy unlocked, kemudian merangkak keluar takut kereta meletup. Lepas 5-10saat, baru sy matikan enjin dan keluarkan barang2 penting.

Alhamdulillah, sy tiada kecederaan, semalam buat checkup, cuma ada luka di gegendang telinga sebelah kiri dan kanan. Tapi tak ada apa2 doktor cakap. Dalam 4-5 hari nanti akan okay. Sekarang cuma telinga saya berdesing dan tak boleh dengar bunyi yang kuat sangat. Terima kasih kepada yang concern semalam, maafkan saya kalau semalam saya terkasar bahasa pada semua. Sy cuma lakukan apa yang perlu dahulu sebab dalam keadaan cemas macam tu, sy lebih utamakan keluarga saya dahulu.

Assalamualaikum, SYARUL RIDZWAN..

Ini gambar dan kenyataan dari Syarul Ridzwan:









0 comments:

Post a Comment