Scha Al-Yahya Tertekan, Rimas Dengan Peminat
Scha Al-Yahya berasa rimas dan tertekan dengan desakan peminat dan pengikut Instagram yang memintanya memadam komen spam iklan yang ditulis peniaga-peniaga online pada gambar yang dimuat naik di laman sosial tersebut.
Scha Al-Yahya memberitahu bukan mudah nak buang kerana terlalu banyak komen berunsur iklan yang perlu dipadamkan secara manual.
Ini komen Scha Al-Yahya : (via mStar)
"Komen iklan terlalu banyak dan tidak boleh dibendung, lagi pula perkara itu bukan terjadi pada artis Malaysia sahaja, malah turut dialami oleh artis luar yang mempunyai pengikut ramai.
"Saya lebih tertekan dan rimas dengan desakan peminat yang suruh saya buang iklan tersebut, mereka tidak tahu ia bukan perkara mudah untuk padam satu persatu secara manual,"
"Saya tahu ramai yang marah dengan peniaga-peniaga barang yang komen di raungan gambar artis. Saya juga marah tetapi kalau fikir balik itu sahaja cara ingin tolong mereka.
"Lagi pun saya mudah untuk mencari sesuatu barang yang saya inginkan,"
Scha Al-Yahya juga menolak untuk membuat review berbayar bagi mengelakkan salah faham kerana dia merupakan duta bagi pelbagai produk.
0 comments:
Post a Comment