10:29 0

Black Tampil Beri Komen Disaman Setengah Juta, Dedah Perangai Buruk Pengurus


Black Tampil Beri Komen Disaman Setengah Juta, Dedah Perangai Buruk Pengurus

Penyanyi Black Hanafiah tidak takut dengan ugutan pengurus acara yang ingin menyamannya sebanyak setengah juta Ringgit.

Black mendakwa mempunyai bukti-bukti yang kukuh untuk melawan perkara ini sekiranya dibawa ke mahkamah.

Sebelum ini, pada Jun 2013, Black mendakwa ditipu oleh pengurus acara yang dilantik sebagai perancang perkahwinannya kerana gagal menguruskan majlis kahwinnya walaupun sudah membayar RM30,000.

Black juga berkata bukan dia sahaja mangsa tipu pengurus acara tersebut tetapi banyak lagi mangsa lain yang ditipu olehnya. Malah Black sendiri pernah menyamar untuk melihat bagaimana operasi penipuan dilakukan.

Selalunya mangsa akan di suruh masukkan wang ke akaun tanpa hitam putih.

Ini komen Black:

"Kalau ingin membawakan perkara ini ke mahkamah silakan kerana saya memang menunggu tindakan daripada pihak mereka supaya saya boleh bentangkan apa kesalahan yang telah mereka lakukan.

"Saya ada banyak bukti yang telah dikumpul tentang apa yang mereka lakukan selama ini, malah saya boleh saman malu kepada mereka kerana burukkan nama saya melalui kenyataan media yang mereka buat sebelum ini," 

"Saya memang dah lupakan hal hutang tersebut, tetapi ramai pula orang yang menjadi mangsa mereka cari saya untuk minta bantuan. Mereka mahu menghubungi individu tersebut tetapi gagal, namun saya pun tidak dapat membantu kerana individu itu tidak akan mengangkat panggilan daripada saya.

"Baru-baru ini ada sekumpulan pelajar menghubungi saya kerana tertipu dengan pengurus acara itu yang kononnya ingin menganjurkan sebuah festival, tetapi setelah menerima duit, mereka tidak dapat dihubungi," 

"Saya dimaklumkan mereka kini aktif menipu secara online, apabila orang ramai terpedaya dengan memasukkan ke akaun mereka. Mereka akan memberi pelbagai alasan untuk mengelak untuk bercakap dengan mangsa," 

Itulah kata-kata dari penyanyi Black yang mendedahkan sedikit penipuan dari pengurus acara yang ingin menyamannya. Kita tunggu perkembangan kes ini nanti.


0 comments:

Post a Comment