09:12 0

Puteri Balqis Dirisik Walt Disney Dan Penerbit Amerika Syarikat


Puteri Balqis Dirisik Walt Disney Dan Penerbit Amerika Syarikat


Puteri Balqis sekali lagi menarik perhatian orang ramai setelah berjaya memenangi Pelakon Wanita Terbaik Asia di Asian Television Awards 2014 (ATA 2014)

Puteri Balqis sebelum ini telah memenangi Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin. Memang hebat lakonan puteri Balqis ini. Kalau digilap boleh jadi seperti Dakota Fanning dan Abigail Breslin.

Kejayaan ini menyebabkan Puteri Balqis dirisik oleh syarikat terkemuka iaitu Walt Disney menerusi Pengerusi Syarikat Walt Disney Asia Tenggara, Robert Gilby.

Ini kata ayah Puteri Balqis, Azizi Aziz.

“Selain saluran Disney, kami juga disapa oleh beberapa penerbit filem dari Amerika Syarikat dan Australia dan meminta kami menghubungi mereka semula untuk perbincangan lanjut,” 

Walaupun teruja dengan pelbagai tawaran daripada produksi luar negara namun sebagai bapa dia akan memastikan tawaran tersebut sesuai dan berbaloi dengan Balqis selain tidak menggangu waktu pembelajarannya. - Rotikaya


0 comments:

Post a Comment