09:56 0

Takziah: Mustapha Maarof Meninggal Dunia

Takziah: Mustapha Maarof Meninggal Dunia


Seniman Datuk Mustapha Maarof, meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera, Tuanku Mizan, Wangsa Maju jam 8.38 pagi sebentar tadi. Mustapha Maarof berumur 79 tahun.

Mustapha atau nama sebenarnya Mustapha Azhari Maarof meninggal di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas dua minggu menerima rawatan akibat penyakit paru-paru.

Jenazah akan disempurna di hospital dan disembahyangkan di Masjid Sentul sebelum dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Ampang yang dijangka selepas Zuhur.

Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un. Salam takziah buat keluarga. Mari sedekahkan Al-fatihah dan doa buat Mustapha Maarof.


0 comments:

Post a Comment