20:05 3

Alyah Dedah Masalah Rumahtangga Di Instagram, Ramli MS Kahwin Wanita Lain


Penyanyi Alyah Dedah Masalah Rumahtangga Di Instagram


Penyanyi Alyah telah memuatnaik satu status di laman instagram miliknya seperti sedang mempunyai masalah rumahtangga.

Antara ayatnya ialah "Kalau tidak pernah mencintai saya kenapa perlakukan saya sebegini. Tak cukup lagi pengorbanan yang saya lakukan?"

Untuk pengetahuan, Alyah telah berkahwin dengan Ramli MS dan perkahwinan mereka menjadi rahsia sehinggalah insiden tangkap dari pihak berkuasa yang akhirnya membongkar pernikahan mereka.

Ternyata status ini menimbulkan spekulasi bahawa rumah tangganya mempunyai masalah. Akhirnya segalanya terungkai apabila rupanya Ramli MS telah berkahwin dengan wanita lain.

Alyah ketika dihubungi Harian Metro mengucapkan tahniah kepada Siti Hafilah Che Kar kerana berjaya mengahwini suaminya, Ramli MS.

Alyah berkata, dia menjumpai gambar wanita itu di dalam telefon bimbit lama milik Ramli namun tidak mengetahui bila Siti Hafilah dan Ramli MS berkahwin.

Ini komen Alyah: sumber: (Metro)

“Hati dan hidup saya sudah hancur. Dah tak bermakna lagi. Apa salah saya? Tidak cukupkah pengorbanan yang saya lakukan?”

Sementara itu, Ramli ketika dihubungi enggan mengulas mengenai perkara itu dan meminta wartawan bertanya sendiri kepada Alyah.

Ini komen Ramli MS:

“Tanya dia kerana dia (Alyah) yang masukkan. Saya tak nak komen apa-apa. Anda kena faham saya tak tahu apa-apa kerana gambar ini dia yang masukkan. Saya minta maaf,”

UPDATE ( 11 Januari jam 1130 malam)
~ Alyah Beri Kenyataan Kedua Yang Dedah Kisah Sebenar (BACA SINI)




3 comments:

  1. pergh ramli ms ni memang suka berahsia.

    ReplyDelete
  2. tabahlah alyah huhu

    ReplyDelete
  3. haha!!!, perkahwinan di rahsiakan, masalah rumahtangga di hebohkan..

    ReplyDelete