Deejay Radio Buat Laporan Polis, Anak Didera Di Taska
Seorang deejay radio mendakwa anak lelakinya telah didera oleh pengasuh di sebuah pusat asuhan di Kelana Jaya.
Deejay radio itu ialah deejay Bernama Radio24, Nazira Noran. Dia dan suaminya Muhammad Farid Samsuddin pada mulanya melihat ada kesan gigitan dan cakaran pada lengan tangan dan kiri, belakang badan serta dari anaknya.
Kesan luka itu disedari selepas mengambil anaknya yang baru berusia 1 tahun itu dari pusat berkenaan pada petang Khamis.
Ini komen darinya:
“Kerana tidak berpuas hati, saya telah ke taska itu untuk mendapatkan pengesahan namun penyelianya memberi alasan ia luka lama.
“Namun setelah membuat pemeriksaan di sebuah pusat rawatan swasta, doktor mengesahkan ada kesan cakaran kuku saiz orang dewasa,”
“Ini kali pertama kejadian ini berlaku setelah lebih setahun anak saya ditempatkan di situ,”
Nazira dan suaminya telahpun membuat report polis di Balai Polis Petaling Jaya untuk tindakan selanjutnya.
Jom lihat sedikit gambar luka anak deejay radio ini didera:
0 comments:
Post a Comment