10:12 1

Luahan Nabil Tentang Juri Maharaja Lawak Mega


Luahan Nabil Tentang Juri Maharaja Lawak Mega


Satu-satunya peserta solo Maharaja Lawak Mega iaitu Nabil, telah meluahkan rasa hatinya tetag juri di pentas Maharaja Lawak Mega.

Dalam rancangan MeleTop kendalian Nabil minggu lalu, pelawak ini ada meluahkan pendapatnya tentang pemilihan juri di Maharaja Lawak Mega.

Ini komen Nabil:

"Sepatutnya salah seorang daripada juri yang ada di depan kita itu adalah seorang yang berpengalaman, yang pernah buat lawak depan 9 ribu orang, 10 ribu orang, buat lawak tau, bukan nyanyi. So, dia tahu apa itu stage present. Dia tahu apa feeling dia bila duduk atas stage itu.

Kita bukan nak cakap kita nak sentiasa bagus di atas stage. at least dia judge, boleh bagi kita pointers apa yang kita nak buat, apa kita punya next step, bukan untuk kita sahaja, penonton yang dengar di rumah pun, mana tahu budak-budak yang berminat mahu jadi pelawak, dia boleh dapat ilmu di situ."

Sebenarnya apa yang Nabil beritahu ada betulnya. Sejak beberapa tahun program ini disiarkan, ada juri yang bagus dan ada juri yang kurang memuaskan.

Sudah tentu juri dari Indonesia paling teruk kerana masalah budaya dan bahasa. Mereka selalunya tidak faham dengan lawak Malaysia terutama lawak trend terkini dan parodi yang terjadi di masyarakat Malaysia. Mereka memberi markah atas dasar gelak ketawa di dewan sahaja.

Antara juri yang mantap sepanjang Maharaja Lawak ialah Najip Ali, dan paling jujur dan kontroversi tentunya Chef Wan.

Rasanya sudah tiba masanya tidak mengambil juri dari Indonesia dan menggantikan dengan juri dari bidang lawak seperti  Jamali Shadat

sumber: www.mediakini.my


1 comments: