Felixia Yeap Tegur Remaja Bertudung Peluk Artis KPOP
Felixia Yeap kecewa perangai remaja peluk artis KPOP. Katanya alngkah baiknya jika remaja itu katakan NO di atas pentas sekaligus boleh menjadi medan dakwah kepada artis KPOP tersebut.
Felixia Yeap berkata sebelum dia memeluk Islam, dia tidak suka lelaki memegangnya apatah lagi memeluknya.
Ini teguran dari Felixia Yeap atau Raisyyah Rania Yeap:
Saya tak suka lelaki sentuh saya.
(Kecuali baby. HEHE.)
Dari dulu (time saya tak berhijab dan masih seorang model berimej seksi)……...sampailah sekarang (dah berhijab dan dah jadi seorang Muslimah).
Memang tak suka lelaki sentuh/peluk walaupun hanya sekadar untuk bergambar kenangan.
Tangan2 yang sempat "menjalar" kat bahu pun saya tepis dan kadang2 siap tegur kuat2, "Sorry sir, NO TOUCHING." (zaman modeling sebelum Islam)
Jadi saya pun tak faham kenapa semalam ada adik bertudung yang excited dan suka sampai sendiri yang memeluk artis lelaki Kpop dalam video tu…
Saya rasa artis tu tak bersalah sebab diorang bukannya tahu pun pasal agama kita ni.
Dah adik2 bertudung tu happy je bagi peluk, siap terloncat2 lagi nak peluk artis2 tu semula…aduhhhh.
Memang la artis2 Kpop tu terima dengan hati dan tangan terbuka je…
Alangkah bagusnya kalau adik2 yang bertudung tu say "NO" kat artis Kpop tu atas pentas bila diorang nak peluk.
Terus jadi dakwah...atas pentas pula tu.
MashaaAllah!
Renung-renungkanlah…
Even non-Muslims pun ada banyak yang tak bagi lelaki sentuh.
Be different, my sisters.
You're different, you're special. Remember that.
Your hijab is your greatest reminder everyday.
Stay that way.
Say NO next time.
P.S: Mohon jangan hentam adik2 kita tu lagi dah. Setiap orang berhak untuk belajar dari kesilapan lalu. Saya yang dulu pun pernah buat salah banyak. Dari masa ke semasa pun ada juga dosa dan salah. Saya TAK ALIM.
Lebih baik kita doakan untuk mereka untuk sedar apa yang mereka telah lakukan "kurang enak". InshaaAllah. Allah itu Maha Pengampun.
Ambil pengajaran dari kisah ini.
0 comments:
Post a Comment