Awie Dedah Rozana Misbun Amalkan Perkara Syirik Dan Khurafat
Memang panas perbicaraan kes Awie dan juga Rozana Misbun. Paling mengejutkan adalah pendedahan amalan syirik dan khurata yang didakwa diamalkan oleh Rozana Misbun.
Peguam Awie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain memberitahu mahkamah, ada banyak bukti tentang amalan Rozana Misbun yang ditemui di rumah mereka di Ukay Bestari, Ampang.
Awie menemui barang-barang seperti darah, rambut dan tulang yang diletakkan di dalam botol kecil selain patung kemaIuan lelaki diperbuat daripada emas tulen, patung logam Buddha dan juga tangkal yang dibungkus dalam kain hitam dan kuning serta tali pusat bayi dan barang-barang lain dibungkus dalam kain dari warna sama.
Barang-barang ini ditemui sebelum dan selepas Rozana Misbun meninggalkan rumah Awie. Barang itu dikatakan telah disorok di bawah tilam, di dalam almari pakaian, ditanam di dalam pasu bunga dan disembunyikan dalam rak barang perhiasan di ruang tamu.
Rozana Misbun juga ada mengaku kepada Awie memakai botox dan juga susuk untuk menukar wajahnya.
Rozana Misbun juga dituduh tidak amanah apabila menggunakan wang simpanan ASB utnuk berbelanja barang mewah berjenama seperti LV, Channel dan banyak lagi.
Semuanya dilakukan tanpa pengetahuan suami, Awie. Tambahnya, Rozana Misbun dikatakan sering mengabaikan anak-anak dan menyerahkan tugas penjagaan kepada orang gaji. Anak-anak juga ada mengadu tentag hal ini.
Awie pada 21 Julai tahun berjaya mendapat hak penjagaan sementara ke atas tiga orang anak mereka iaitu Putra Ahmad Merrah, 8, Putra Ahmad Rezzki, 7, dan Puteri Qasseh Antasha, 5.
Ini pula adalah kenyataan dari peguam Rozana Misbun pula. Kes terbabit adalah bersifat masalah di antara suami isteri yang tidak melibatkan kebajikan anak-anak mereka.
Tentang amalan syirik dan isu khurafat, ianya tidak dapat disahihkan kebenarannya selain melihat isu keterdesakan yang dibuat pemohon terhadap kes itu tidak kukuh.
Peguam Rozana Misbun turut mempertikaikan tentang manipulasi pemohon yang menggunakan sijil nikah palsu dan menyembunyikan fakta sebenar untuk mendapatkan hak penjagaan sementara anak-anak mereka.
Hakim telah menangguhkan keputusan kes berkenaan pada hari Rabu. (sumber:mStar)
0 comments:
Post a Comment