08:56 0

Pelakon Riezman Dan Isteri Cerai Talak Satu


Pelakon Riezman Dan Isteri Cerai Talak Satu 


Keretakan rumah tangga pelakon Riezman Khuzaimi, 45 tahun dengan isterinya Kartina Ayoob, 46 tahun tidak dapat di selamtkan lagi, hubungan suami isteri ini akhirnya bernokhtah selepas kedua-duanya bercerai talak satu.

Lafaz cerai talak satu dilakukan oleh Riezman Khuzaimi di hadapan hakim semalam (Selasa).

Riezman yang sebak ketika melafazkan cerai, memberitahu dia tiada pilihan kerana sudah tiada persefahaman bersama Kartina.

Riezman dan Kartina berkahwin pada 24 Februari 2001 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Afiq Kiraman, 12, dan Ruzain Nars, 7. Kartina turut mempunyai seorang anak iaitu Tatiana Batrisya, 20, hasil perkahwinan terdahulunya.


0 comments:

Post a Comment