10:58 0

Gambar "Mesra" Dan "Intim" Bekas Peserta Akademi Fantasia Tersebar


Gambar "Mesra" Dan "Intim" Bekas Peserta Akademi Fantasia Tersebar

Bekas peserta Akademi Fantasia ke 5 iaitu Nonny AF menjadi mangsa apabila gambar 'mesra' dirinya bersama bekas kekasih disebar oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Nonny akui gambar itu miliknya bersama bekas kekasih namun akui tersilap erana mengambil gambar seperti itu.

Nonny juga berkata mungkin kerana dia menolak pinangan bekas kekasihnya itu menjadi punca ada pihak yang tidak berpuashati dengan dirinya.

Ini komen Nonny: (mStar)

"Kalau boleh saya tidak mahu tuduh sesiapa tetapi sejak putus cinta bulan lalu, ada pihak yang tidak berpuas hati dengan saya.

"Semua itu berpunca selepas saya menolak pinangan bekas kekasih saya atas sebab-sebab tertentu.

"Kemudian selepas itu saya mendapat tahu ada individu ingin menyebarkan gambar-gambar saya bersama bekas teman lelaki saya itu. Saya rasa individu itu tidak senang hati lebih-lebih lagi melihat kerjaya seni saya yang semakin baik," 

"Sudahlah nama saya baru nak naik sejak terlibat dengan drama Istikharah Cinta (kini sedang ditayangkan di TV3). 

"Tiba-tiba ada pula pihak yang cuba mengenakan saya. Bagaimanapun saya akur, ia juga atas kesilapan saya sebelum ini mengambil foto mesra seperti itu," 

Nonny kini sedang popular dengan drama Istikharah Cinta di TV3 lakonan bersama Zul Ariffin dan Faye Kusairi.


0 comments:

Post a Comment