10:12 0

Johan Dedah Masalah Kumpulan Virus


Johan Dedah Masalah Kumpulan Virus


Johan Raja Lawak telah mendedahkan masalah yang dialami oleh kumpulan Virus yang disertai oleh ahli Jozan iaitu Zizan.

Apabila diajukan soalan oleh wartawan dari akhbar Berita Harian, Johan memberitahu masalah utama yang dialami oleh Virus adalah tiada keserasian walaupun content lawaknya ada.

Kumpulan Virus dilihat gagal menarik perhatian penonton dengan hanya beberapa persembahan yang menjadi selebihnya gagal sehingga tersenarai di bottom 3.

Namun Johan memberitahu, pada minggu ke sembilan baru nampak keserasiannya dan Virus berjaya mendapat 5 bintang.

Johan juga percaya Virus mampu buat yang terbaik dan layak ke pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2014.

Ini komen dari Johan: sumber:BHarian

"Saya lihat Virus belum ada keserasian sehinggalah pada persembahan minggu kesembilan baru ada perubahan. Mereka ada idea dan konsep lawak tapi keserasian belum muncul sepenuhnya. Apapun saya percaya mereka mampu buat yang terbaik dan layak ke pentas akhir,"

Virus terdiri dari gabungan Zizan bersama kumpulan Jambu, Yus dan Tauke.


0 comments:

Post a Comment