Nurul Yang Sarat Mengandung Alami Pendarahan, Kini Di Hospital
Penyanyi Nurul yang sedang sarat mengandung 8 bulan, telah mengalami pendarahan baru-baru ini dan telah ke wad kecemasan.
Nurul kini di rawat dan dimasukkan ke wad untuk pemeriksaan selanjutnya tentang keadaan pendarahannya. Keadaannya kini stabil dan pendarahan berlaku dikatakan akibat urinya berada di bawah (placenta praevia).
Nurul Depp memberitahu melalui blog dia telah dinasihatkan oleh pihak doktor agar berehat dan mendapatkan rehat yang secukupnya.
Placenta praevia peringkat 2 hingga 4 selalunya menyebabkan pembedahan cesarean terpaksa di lakukan dan ibu tidak boleh melahirkan anak secara normal kerana boleh menyebabkan pelbagai komplikasi.
Bercerita tentang pengalaman ketika mengalami pendarahan, Nurul Depp telah memandu sendiri keretanya untuk ke hospital berhampiran ekoran ketiadaan suaminya yang berada di India atas urusan kerja.
Ini kenyataan Nurul:
“Aku sampai di bahagian kecemasan jam 6.55 pagi. Main pandu je kereta. Dah nak cepat. Nasib baik tak jauh. Hanya 5 minit dari rumah jika tanpa sebarang kesesakan lalu lintas.
“Dia (Eric)yang sibuk di Orissa sepanjang hari, tak tahu menahu. Aku tak mahu dia hilang kosentrasi bekerja dengan berita aku. Aku biarkan dia habiskan dulu kerjanya. Lewat malam itu, baru aku khabarkan. Lagipun, kalau beritahu awal-awal, bukannya dia boleh balik terus. Jauh sangat!
“Bila Eric dapat tahu, apa lagi… Dia risaulah. Dari mesej pesanan suaranya, memang dia tak terkata apa kerana terlalu risau dan fikir bagaimana keadaan aku. Aku baru memasuki 34 minggu. Menyedari hakikat itu, lagilah dia tak lepas berfikir. Sudahlah dia berada jauh,”
Eric kini telah berada di Malaysia setelah bergegas pulang apabila mendapat tahu berita tentang Nurul. Nurul juga tidak memberitahu keluarga mertuanya kerana tidak mahu mereka risau dengan keadaannya.
“Sengaja tak nak beri tahu. Nanti risau sampai tak boleh nak buat apa. Maklum sajalah, orang tua. Risau menantu, risau cucu, risau anak tunggal mereka tu. Biar dia orang dah sampai, dapat tahu dan lihat aku di depan mata. Itu tak apa,”
sumber:Murai
0 comments:
Post a Comment