14:02 0

Puteri Balqis Akui Terseksa Dibuli Punca Tak Ke Sekolah


Puteri Balqis Akui Dibuli Punca Tak Ke Sekolah


Pelakon hebat Puteri Balqis Azizi akuilebih selesa untuk belajar sendiri di rumah kerana lebih mudah untuk memahami apa yang diajar oleh guru persendiriannya selain pernah melalui pengalaman dibuli rakan.

Puteri Balqis kini berumur 8 tahun dan mula belajar secara private di rumah sejak berumur 3 tahun dan pengalaman dibuli yang itu dilalunya semasa di peringkat Tadika.

Walaupun kurang mempunyai rakan-rakan seusianya, Puteri Balqis menjelaskan kehidupannya tidak pernah berasa sunyi.

Jom dengar penjelasan Puteri Balqis yang lebih mesra di sapa Aqish: sumber: (mStar)

"Aqish lebih selesa belajar di rumah sahaja kerana kalau di sekolah Aqish rasa terseksa bila kawan-kawan mempermainkan Aqish.

"Sampai bila-bila pun Aqish mahu belajar di rumah sahaja. Kalau tentang pelajaran berkaitan agama seperti mengaji Al-Quran, ibu Aqish yang ajar,"

"Aqish memang tidak ada kawan-kawan rapat tapi Aqish ada kawan-kawan sekeliling. Kalau Aqish pergi ikut ayah dan ibu berniaga Aqish ada kawan di sana.

"Aqish tidak pernah rasa sunyi kerana Aqish seorang yang mudah berkawan dengan sesiapa sahaja," katanya.

Selain itu, Puteri Balqis memberitahu dia kini mula belajar untuk menjadi seorang yang penyabar dan tidak terlalu emosi ekoran banyak berita dan gosip tidak baik yang terjadi kepadanya dan keluarga.

Ini komen Aqish:

"Dulu awal-awal kalau baca berita negatif Aqish akan cepat emosi dan menangis. Tetapi sekarang bila baca Aqish akan tanya pada ibu tentang kesahihanya.

"Tetapi kalau tentang perkara itu melibatkan ibu-bapa, Aqish tidak boleh terima dan akan menangis," 



0 comments:

Post a Comment