10:33 0

SERAM: Almy Nadia Dakwa Ditegur Hantu Pontianak Ketika Mengandung


SERAM: Almy Nadia Dakwa Ditegur Hantu Pontianak Ketika Mengandung


Isteri Fizz Fairuz, Almy Nadia kini sedang sarat mengandung dan kandungannya kini dah lebih 8 bulan.

Sepanjang proses kehamilannya, Almy Nadia juga telah menceritakan satu peristiwa yang agak ganjil, seram dan menakutkan.

Kata Almy Nadia ketika berada seorang diri di rumah, dia telah ditegur oleh makhluk halus yang disyaki pontianak semasa berada di biliknya.

Namun, Almy Nadia ketika itu tidak sedar akan kehadiran makhluk tersebut sehinggalah dia mengalami symptom bengkak-bengkak di bahagian tangannya.

Ini komen Almy Nadia: (Rotikaya)

“Saya berseorangan di rumah ketika itu, maklumlah rumah kami di tepi highway. Ketika kejadian itu berlaku, saya rasa macam ada orang ketuk tingkap sahaja”

“Kemudian saya mengalami bintik-bintik merah di bahagian tangan dan bila pergi ke klinik serta hospital mereka kata saya alahan. Apabila pak cik saya datang ke rumah, dia beritahu yang saya ‘ditegur’ oleh makhluk tersebut dan barulah kami menyedarinya,”


0 comments:

Post a Comment