07:03 0

Respons Zamani Slam Apabila Dikaitkan Dengan Siti Nurhaliza

Respons Zamani Slam Apabila Dikaitkan Dengan Siti Nurhaliza


Selepas ditahan polis dulu, penulis dan komposer Saari Amri ada mengaitkan Zamani Slam dengan penyanyi Siti Nurhaliza.

Semalam setelah dibebaskan dan dibenarkan keluar, Zamani teah ditanya tenang hal ini, apa maksud status Saari Amri itu? Apa kaitan Zamani dengan Siti Nurhaliza?

Ini respon dan reaksi Zamani Slam:

"Orang yang berhak mengulas perkara ini ialah Saari Amri sendiri kerana dia yang mengeluarkan kenyataan demikian.

"Apa yang berlaku pada diri saya tiada kena mengena dengan dia (Siti Nurhaliza) dan ia adalah ketentuan takdir qada dan qadar yang terpaksa saya terima,"

Sebelum ini Siti Nurhaliza juga enggan memberi sebarang komen tentang status Saari Amri tersebut. Ini kata Siti Nurhaliza

“Saya minta maaf kerana tidak mahu memberi sebarang komen kepada status orang lain dan saya sendiri sifatkan ia tiada kena mengena dengan saya. Saya tidak mahu mencampuri urusan atau hal yang dicetuskan pihak lain,”

Baca juga: Zamani Dedah Kisah Sebenar Video Viral (BACA SINI)


0 comments:

Post a Comment