20:35 0

Zamani Slam Dedah Kisah Sebenar Tentang Video Viral Dibuli Polis


Zamani Slam Dedah Kisah Sebenar Tentang Video Viral Dibuli Polis


Zamani Slam akhirnya memberi kenyataan dan kisah sebenar tentang rakaman dan penyebaran video dirinya menyanyi dengan tangan digari setelah ditahan polis.

Zamani Slam mengaku tidak dipaksa malah rela menyanyikan lagu Gerimis Mengundang setelah polis tersebut menyatakan dia merupakan peminat Slam.

Namun Zamani ingatkan rakaman itu hanyalah untuk simpanan peribadi sahaja. Zamani juga merasa malu esetelah mengetahui orang ramai menonton video tersebut.

Zamani Slam juga menyatakan dia tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap polis tersebut kerana tidak mahu menutup punca rezeki polis itu.

Ini komen Zamani Slam :

“Saya tidak dipaksa atau berlaku sebarang kekerasan, saya menyanyi selepas individu itu betul-betul menunjukkan dia peminat tegar Slam. Dia menyanyi beberapa lagu Slam dihadapan saya dan meminta saya turut nyanyi sekali, namun dia sudah berjanji bahawa rakaman itu hanya untuk simpanan personal sahaja,”

“Perkara itu sudah berlaku dan dia tidak bermaksud memalukan saya. Kalau saya ambil tindakan mungkin dia akan kehilangan pekerjaannya sekarang. Saya tidak mahu menutup periuk nasi orang,”

Sementara itu Zamani juga telah memuatnaik status terkini di laman facebooknya setelah dibebaskan.

Ini tulis Zamani:

Assalamualaikum semua. Sudah sekian lama juga kita tak bersua di Fanpage ini. Syukur kepada Allah swt kerana saya telah pun dibebaskan atas jaminan polis pagi ini. 

Disini saya ingin memohon maaf kepada semua sekiranya kes penahanan saya ini telah mengores atau melukakan hati semua pihak. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua atas sokongan yg tidak berbelah bagi kepada saya sepanjang tempoh penahanan saya. Saya amat terharu sekali. 

Akhir sekali harapan saya ialah anda semua dapat terus menyokong dan mendoakan saya supaya dapat berubah demi utk kebaikan semua. Saya amat memerlukan sokongan anda semua. 

Ikhlas dari saya, 
~Zamani Ibrahim~




0 comments:

Post a Comment