20:42 0

SEDIH: Luahan Hati Emma Maembong Terhadap Bapanya


SEDIH: Luahan Hati Emma Maembong Terhadap Bapanya


Ramai tahu keluarga Maembong sedang melalui pelbagai konflik terutama akhir-akhir ini apabila anak-anak Maembong mula berkahwin dan terdapat perselisihan faham dengan encik Ismail Embong.

Emma Maembong yang dikatakan antara anak paling manja dengan ayahnya turut terkesan dengan konflik ini sehinggakan hubungannya dengan Zizan pernah dimarahi ayahnya apabila Zizan membuat kenyataan yang tidak disetujui oleh ayah Emma Maembong iaitu Ismail Embong.

Ini merupakan luahan terkini Emma Maembong terhadap bapanya yang mendapat perhatian ramai:

Tak kisah la apa sekali dia buat. Dia tetap ayah kita.bayangkan masa kita kecik mcm2 perangai kita tp dia layan je.nangis nk patung,ice cream mcm2 la.walaupon xde duit dia tetap usaha nk kasi kita snyum blk.kalau kita sakit. Dia la org yg xtido jaga kita. 

Org tua ni mmg mcm2 perangai dia sbb apa. Sbb dia akan bertuka jadi budak2 blk. Cepat merajuk,cpt terasa,cpt marah,mengada2 blk sama mcm kita masa kecik2 dlu. Jadi ini la masa kita plk yg jaga dia. Ini la masa kita plk yg beli kan dia baju,ice cream, bila dia sakit kita plk yg jaga dia. Jadi jgn cpt marah dekat org tua kita. Ingat blk dia jaga kita sampai kita besar sampai kita boleh main Instagram ni. Ok tujela. Hehe selamat malam semua.

Memang betul juga kata Emma Maembong. Jika korang mempunyai ibu bapa lagi, hargailah mereka. Sentiasa hubungi mereka bertanya bertanya khabar. Kalau ada duit lebih, berikan hadiah atau bawalah mereka jalan-jalan.


0 comments:

Post a Comment