10:36 0

Edry Buat Drama Caliph Busker Untuk Raih Simpati Ternyata Berjaya - Aweera


Edry Buat Drama Caliph Busker Untuk Raih Simpati Ternyata Berjaya - Aweera


Terbaca di portal mStar Online, bekas penyanyi Mojo iaitu Aweera telah memberi pendapat bahawa Edry kuat bermain drama, dan ternyata menggunakan penyanyi OKU Caliph Buskers untuk raih simpati berjaya.

Aweera berpendapat, “drama” yang dilakukan Edry Abdul Halim, ketua kumpulan Mojo untuk meraih simpati masyarakat berjaya apabila kumpulan itu dipilih memenangi Persembahan Terbaik dalam Anugerah Juara Lagu ke 29 (AJL 29) pada Ahad lalu.

Aweera berkata lagi, kini terbukti siapa yang bermain drama kerana Edry sebelum ini pernah menuduhnya suka bermain drama.

Ini kata Aweera:

"Dia tuduh saya suka main drama tetapi dalam hal ini kita tengok dia yang buat drama untuk raih simpati masyarakat.

”Sebab itulah kalau dia gunakan menyanyi baru Mojo, sudah tentu persembahan mereka malam itu akan dikritik," 

Aweera berkata Mojo ternyata bergantung kepada Caliph Busker untuk pertandingan tersebut sehingga berjaya memenangi persembahan terbaik di AJL 29.

Namun bagi  Aweera, dia akui amat kagum dengan Caliph Busker sehinga hampir-hampir menitiskan air mata ketika menyaksikan persembahan mereka.

Aweera berkata, dia telah berusaha berjumpa dengan Mojo ketika di belakang pentas namun dihalang oleh pengawal keselamatan berikutan tidak mempunyai pas khas untuk memasuki kawasan berkenaan.


0 comments:

Post a Comment