11:23 0

25 Koleksi Gambar Sekitar Majlis Hari Lahir Zain Saidin


25 Koleksi Gambar Sekitar Majlis Hari Lahir Zain Saidin


Bertempat di Flora Terrace, Hampshire Place, Rozita Che Wan meraikan sambutan hari lahir suaminya, Zain Saidin yang ke-31.

Rozita Che Wan juga meraikan hari lahir penerbit popular, Fadzil Teh atau Haji Zil yang juga pemilik Zeel Production.

Pada malam itu, majlis kesyukuran dan bacaan Yasin telah diadakan yang diketuai oleh Imam Muda Asyraf.

Majlis hari jadi Zain Saidin bertemakan Glam Black. Hanya teman rapat dan ahli keluarga sahaj yang dijemput oleh Rozita Che Wan.

Antara tetamu yang hadir ialah Annas Easkay, Man Kajang, Sasha Saidin, Azza Elite, Ayie Stylista dan ramai lagi.

Sementara itu, Rozita Che Wan telah menghadiahkan pakej mengerjakan umrah kepada Zain Saidin.

Zain dan Rozita akan berangkat ke Tanah Suci Makkah pada pagi 25 Februari.

Ini komen Zain Saidin:

Akan Ke Umrah

"Kami akan pergi berdua ke sana. Ia umrah pertama saya dan isteri saya sudah beberapa kali mengerjakan umrah,"

Mula Berniaga

"Saya juga mahu menceburi dunia perniagaan sendiri. Lagipun saya juga tak mampu meramal sampai bila akan bertahan dalam dunia seni. Saya perlukan sandaran.

"Buat permulaan saya dan teman artis, Hairie Safwan sedang mengusahakan perniagaan pakaian kanak-kanak dengan harga murah serta mampu milik. Ini langkah permulaan saya dan insya-Allah nanti saya merancang perniagaan pakaian juga tetapi lebih kepada pasaran atasan.

"Kami buat sementara waktu beroperasi hanya melalui dalam talian selain menyertai bazar di serata negeri tak lama lagi,"

Rahmat Aaisyah Dhia Rana

"Hidup saya hampir sempurna. Tapi dari segi kewangan saya kena terus bekerja keras untuk memastikan kesenangan keluarga. Dengan usaha, insya-Allah rezeki itu takkan pernah putus. Kehadiran Aaisyah juga terus menambah rezeki.

"Aaisyah bagai rahmat istimewa buat saya dan isteri. Malah setiap orang yang berjumpa dengannya akan tersenyum gembira dan seakan dapat melupakan masalah yang ada," katanya.

Gambar di bawah: (Klik Gambar Untuk Lihat Lebih Jelas)




























0 comments:

Post a Comment