Video Ugut Buat Nora Danish Takut Keluar Rumah
Setelah penyebaran video ugutan meletupkan mahkamah yang menggunakan wajah Nora Danish tersebar, pelakon comel itu akui amat takut untuk keluar rumah.
Sehinggakan Nora Danish terpaksa meminta beberapa pengawal untuk mengiringinya ketika Anugerah MeleTop Era baru-baru ini.
Ini komen dari Nora Danish: (mStar)
"Kes itu memang menakutkan sehingga saya berasa takut untuk keluar rumah dan sekiranya perlu berbuat demikian saya akan pastikan ada orang menemani saya.
"Atas sebab itu juga saya buat laporan polis tempoh hari kerana bimbangkan keselamatan diri saya,"
"Paling penting saya sudah membuat laporan polis dan setakat ini tiada perkembangan baharu yang saya dengar melainkan ada membaca laporan pihak berkuasa ada menahan beberapa individu yang dipercayai menyebarkan video berkenaan di internet.
"Selebihnya saya serahkan kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan memandangkan ia bukan satu isu yang kecil,"
0 comments:
Post a Comment